Ibu penyejuk hati, bapa penyemangat jiwa
Bapa pembangun jiwa, ibu penyuburnya
Anak-anak selalu dengan ibu, jagalah akhlak mereka
Melalui pengajaran, melalui didikan, yang paling berkesan melalui teladan
Bapa jarang ada di rumah, jadikanlah tempat rujuk sahaja
Apabila ada masalah di dalam keluarga, tanyalah bapa
Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu kepadanya
Tiada salah kalau anak-anak terus direct kepadanya, asalkan jaga adab-adabnya
Segala sifat-sifat mahmudah latihlah di rumah, di sekolah menambahnya
Latihlah mereka beribadah, disiplinkanlah sembahyangnya
Ajak mereka bekerjasama mengurus rumahtangga
Programkan kerja-kerja mereka, di samping kerja-kerja sekolahnya
Anak-anak berilah kasih sayang, tapi jangan terlalu dinampakkan
Kecuali yang kecil-kecilnya
Latih juga di kalangan mereka berkasih sayang sesamanya
Bertolong bantu, bermaaf-maafan, bertolak ansur dan berlebih kurang ajarlah juga
Wujudkan di dalam keluarga, ibu dan ayahlah modelnya, mereka akan menirunya
Galakkan makan bersama di dalam institusi keluarga
Ajar mereka adab-adab dan disiplin-disiplinnya
Tidur baring mereka, membaca dan rehat tunjuklah juga cara-caranya
Agar keluarga terurus, disiplin ada, wujud harmoni
Itulah syurga rumahtangga, sebelum Syurga di Akhirat sana
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi